Adat resam Seollal

Tahun Baru Korea selalunya diraikan bersama keluarga. Perayaan tiga hari ini dimanfaatkan untuk kembali ke kampung halaman untuk menziarah orang tua dan saudara-mara serta menjalankan upacara penyembahan nenek moyang iaitu charye. Ramai orang Korea memakai hanbok yang berwarna-warni. Tteokguk (sup dengan kuih beras) menjadi hidangan utama.

Ramai orang Korea menyambut Tahun Baru barat dan qamari dengan melawat lokasi di Pantai Timur seperti Gangneung dan Donghae di wilayah Gangwon untuk menunggu sinaran pertama suria tahun baru.[3]

Sebae

Sama juga dengan Tahun Baru Cina, kanak-kanak Korea mengucapkan selamat tahun baru kepada orang-orang tua mereka (ibu bapa, ibu bapa saudara, datuk nenek), tetapi caranya ikut sebae, iaitu menundukkan badan sebawahnya sekali (lebih sekali tunduk adalah untuk upacara simati) sambil mengujar kata-kata saehae bok manhi badeuseyo (Bahasa Korea: 새해 복 많이 받으세요) yang bermaksud "Semoga banyak mendapat berkat pada tahun baru ini." Ibu bapa memuji tanda hormat ini dengan memberikan duit tahun baru kepada anak-anak mereka (biasanya dalam bentuk wang kertas yang keras) serta menyampaikan deokdam (pepatah tauladan) kepada mereka. Pada masa dahulu, ibu bapa menyerahkan tteok dan buah-buahan kepada anak-anak mereka.

Permainan

Tahun Baru Korea diceriakan dengan permainan tradisional. Antaranya, permainan papan sekeluarga Yunnori yang masih digemari sekarang. Selain itu, kaum lelaki turut bermain layang-layang dan jegichagi (permainan seakan-akan menyepak bulu tangkis). Kaum wanita pula bermain neolttwigi (permainan menghentak jongkang-jongket).